KAU DAN AKU
by aredeq
Lawaknyer...sekadar hiburan saja...
aku : Kasihku, ketumpatan
cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi
isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat
sebarang anggapan??
Kau : aku tidak
percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru
untukmenjalankan
tindak balas penggantian ke atas diriku.
aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih
lagi unsur dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi. Aku berasa seperti kasihmu berkadar
songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.
aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum
sahih.
aku : Tapi. Aku mengamalkan hukum newton
ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan
dengan cinta yang kau berikan.
Kau : Kau jangan bohong. Aku telah mengetahui
bahawa kau adalah 'random' yang
mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara
rawak.
aku : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melaui
proses pencaran dan perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
perkahwinan kita mengalami rintangan?
aku. Aku harus menggunakan perintang boleh
laras untuk mengurangkanrintangan itu.
Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
nanti dapat dilihat denganmenggunakan
mikroskop cahaya.
Kau. Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang
lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga
segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum
penyelesaian segi tiga
untuk menyelesaikannya.
Kau: Tapi. Aku telah memberi cintaku dalam
magnitud dan arahnya sekali.Masihkah kau tidak
percaye?
aku: Ya. Aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
dalam bentuk lazim.
Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu
ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami
pecutan yang seragam.
aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5
dari iman.
Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
aku. Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana
kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.
Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara,
kau jugak yang susah kerana aku akan mengalami
hemolisis.
aku. Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi. Aku
telah mengalami plasmolis.
Kau: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku
sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau
grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku
sendirian.....
No comments:
Post a Comment
Anyone can coment