Matprofesor.blogspot.com

Sunday, April 15, 2012

Fakta Tentang Kentut




Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil, berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.


Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.





Bergantung kepada keadaan udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut dan jarak antara ‘transmitter‘ dengan ‘receiver‘. Selepas meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsentrasinya berkurang.


Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, bererti ianya mengalami ‘peleraian’ di udara dan hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lif, kereta, kepekatannya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

Bilakah biasanya orang kentut?

Pagi hari di tandas, yang disebut ‘morning thunder‘. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.
Makanan apa yang menyebabkan kentut?
Kacang
Sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus
Buah-buahan seperti pear, epal dan pic
Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin

Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus akan ‘berpesta’ dan membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum ‘soft drink‘, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut).

Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lubang lain?

Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung lebih banyak udara, kentut mengandung lebih banyak gas yang dihasilkan oleh bakteria.

Ke mana perginya gas kentut kalau ditahan/tidak dikeluarkan?

Ia akan diserap oleh darah, berpindah ke bahagian atas menuju usus. Namun pada akhirnya akan keluar juga. Jadi ia bukan lenyap, tapi hanya mengalami penangguhan.

Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yang boleh terbakar (gas asli mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.


No comments:

Post a Comment

Anyone can coment