Matprofesor.blogspot.com

Saturday, April 7, 2012

Mari Mencium Ketiak Lelaki


Bau Ketiak Lelaki Jadi Kajian Di University.

Bahagian Biologi Manusia di University Pennsylvania membuat kajian yang membuktikan bahawa bau peluh lelaki dapat membantu kaum wanita menurunkan tekanan serta melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan uji kaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh tergoda dengan bau lawan sejenisnya.

Bau Ketiak Lelaki & Stress Wanita

Dalam kajian yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita
berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh memeranjatkan.
Selain boleh menceriakan mood, aura bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang berasa tertekan

p/s : sesuai untuk golongan wanita sahaja

No comments:

Post a Comment

Anyone can coment